Skip to content
23 July 2013 / miah

Contest : Novel 13 Jam A380


Image

“Hana…Is that really you?”
Tubuh aku kaku. Tidak tahu apa yang patut aku buat. Perlukah aku mengakui diri sebagai Hana atau berpura-pura tidak mengenali dia?Haydar…lelaki yang pernah aku suka separuh jiwa…lelaki yang pernah menjadi ‘teman lelaki’ aku hanya untuk 13 jam di atas kapal terbang. Apa yang patut aku buat?

“Ya,Haydar. Saya Hana.” Jawabku.Ah lebih baik berterus-terang dari membiarkan perkara menjadi rumit.
Terdengar seperti seseorang membisikkan kata-kata semangat
‘Kuatkan semangat kau Hana.’

“Oh God! Hana,saya benar-benar rindukan awak. Saya nampak awak mencari saya ketika hari saya berangkat pulang tempoh hari. Maafkan saya awak terpaksa nampak saya dan dia. I saw your sadness Hana. Tapi sudah saya katakan saya akan menjadi orang lain bila saya menjejakkan kaki ke bumi. But now I meet you back,my cocaine.” Jawabnya sambil tersenyum lebar.
Panjang lebar penjelasan Haydar membuatkan aku terkebil-kebil. Dia tidak perlu untuk memberikan penjelasan ini. I should know who I am from the beginning. Aku yang hanyut dengan perasan sendiri pada ketika itu.

Aku mahu melupakan itu semua. Ya Allah,bantulah hamba Mu ini. Kuatkan lah semangat ku untuk berubah ke jalan yang diredhai Mu, ya Allah.

Tiba-tiba aku teringatkan Emmel. Dia memandang kami berdua dengan pandangan aneh. Mungkin hairan melihat’mommy’nya berbicara dengan lelaki lain selain ‘daddy’nya dan Uncle Fido.

“Who is him mommy?” tanya anak comel yang sentiasa menambat hati aku di hari pertama lagi aku menjejakkan kaki di bumi United Kingdom.

Haydar memandang kami berdua kehairanan.

“Siapa dia Hana?Dia panggil awak mommy dan awak juga membahasakan diri awak sebagai mommy. I thought you haven’t married yet.” Soal Haydar bertalu-talu.

Aku hanya membiarkan pertanyaan Haydar dan hanya menumpukan perhatian ku pada Emmel,permata hati aku kini.
“He is my friend,sayang. His name is Uncle Haydar.” Lebih baik aku berterus terang saja dengan anak kecil ini.Jangan diajar sedari kecil untuk menipu.

“Hi Uncle Haydar. Thank you for saving me.” Sapa Emmel dengan wajah malu sambil cuba menyembunyikan diri di belakang ku. Reaksi biasa beliau apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Aku nampak Haydar masih tidak berpuas hati dan ingin mengatakan sesuatu tapi tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Cepat-cepat ku selongkar beg tangan ku. Ingin segera menjawab panggilan. Mungkin dari Fawwaz. Aku bergerak sedikit menjauh dari Haydar untuk menjawab panggilan itu.

“Assalamu’alaikum Fawwaz. Urusan awak dah selesai?” jawab aku perlahan.Tepat seperti telahan awal aku tadi.Panggilan dari Fawwaz.

“Wa’alaikumsalam Hana.Ya,urusan saya dah selesai. Awak dan Emmel di mana? Saya jemput awak di sana ya?” tanya Fawwaz.

“It’s ok Fawwaz. Saya dan Emmel akan pergi ke pejabat awak. Kami ada tak jauh dari situ. Awak tunggu ya.” Jawabku. Lebih baik aku segera pergi dari sini dari terus berhadapan dengan Haydar. Aku belum cukup kuat dan aku tidak mahu lagi memanjangkan cerita yang hanya tinggal kenangan.

Sebaik saja aku berpaling,Haydar memandangku tajam.
“Siapa Fawwaz?” soalnya dalam nada marah yang ditahan.
“Dia ayah Emmel. Maafkan saya Haydar. Saya harus pergi sekarang.” Jawabku bergegas untuk pergi sambil menarik tangan Emmel.

“Tapi macam mana dengan kita,Hana?” Soalnya laju sebelum aku pergi.
“Semuanya dah berlalu Haydar.Saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.” Pamitku sebelum berjalan laju untuk menyembunyikan kesedihan di hati tapi aku sempat mendengar dia menjeritkan sesuatu.

“I had told you I will not let you go if I meet you for the second time Hana!I will not let you go!” jerit Haydar membelah kepekatan malam yang sunyi.

Tiba- tiba aku merasa sakit yang menusuk di hati tapi tidak tahu kenapa. Adakah kerana aku menipu perasaan sendiri atau diri belum cukup kuat untuk bertemu kembali dengan dia?

‘Ya Allah! Aku mohon kau bantu lah aku untuk menghadapi ujian ini. Hanya kepada Engkau aku bermohon untuk kekuatan dalaman diri ku. Supaya aku tidak mudah hanyut dengan kenangan silam. Hanya Engkau yang Maha Melindungi aku,ya Allah.’ Bisikku di dalam hati. Dan hanya bunyi angin yang berdesir menyahut seruan Haydar.

You guys can visit the original writer’s blog of this novel at :
http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com

Advertisements

11 Comments

Leave a Comment
  1. mi3ch4z / Jul 27 2013 8:39 am

    Best rp mcm pendek la..nk lagi :)

    • miah / Jul 27 2013 4:36 pm

      Tak sempat sebab kekangan masa >. <
      Ni pun 1st time amatur menulis.skrg baru paham perasan cik penulis nak siapkan manuskrip.hehehe

      Anyway thank you singgah di blog and reading ^_^

  2. Anonymous / Jul 27 2013 4:15 pm

    omg ! speechless ~

    • miah / Jul 27 2013 4:37 pm

      Thank you singgah cik anon ^_^

  3. Ryanna / Aug 2 2013 11:33 am

    3rd winner of the contest! Congrats!!

    • Anonymous / Aug 2 2013 1:04 pm

      Hah?mana tau? Eve takde cakap apa2 pun (ke sebab kita yg jarang bukak FB bulan puasa ni >.<)

      confirm ka?

  4. elydars / Aug 2 2013 1:51 pm

    Assalamualaikum kakak =D
    Alhamdulillah… Tahniah tahniah tahniah ^^

    • miah / Aug 2 2013 3:21 pm

      Wa’alaikumsalam
      Err..terima kasih.still x percaya lagi tulisan cenonet ni boleh menang.hahaha.tapi still need

      • miah / Aug 2 2013 3:24 pm

        Eh tertekan submit pulak.

        Still need berterima kasih pada Allah sebab izinkan diri x berapa reti menulis ni + masa x cukup dapat siapkan satu bab ^_^

  5. Anonymous / Aug 20 2013 12:12 pm

    congrat dik. dtg tak gather2 nanti dgn Eve. Jumpa nanti ya

    • miah / Aug 21 2013 1:46 pm

      Terima kasih. Akak pun congrats!
      Nasib baik x delete lagi post ni.hahaha
      almaklumla kunjung mengunjungi 10 tahun sekali :P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s